Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-9, Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-9, Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar. Ditabalkan pada tahun 1857 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II setelah mangkat kekanda nya Yang DiPertuan Muda Raja Ali. Yang DiPertuan Muda Raja Abdullah telah terus meningkatkan belajar dan mengajar ilmu Islam di Masjid Sultan Riau Pulau Penyengat dengan membawa guru guru agama Islam daripada Mekkah serta juga menjadi pemimpin Tarekat Naqsyabandiyah. Cop Mohor Yang DiPertuan Muda Raja Abdullah di tulis dengan tulisan jawi yang berbunyi, “Al Watik Baladun Al Aziz Al Ghaffar Sultan Alauddin Syah Ibni Al Marhum Raja Jaafar 1273-Hijrah”.¬†YDM Raja Abdullah memegang jawatan Kelana, iaitu jawatan sebagai Timbalan Yang DiPertuan Muda sekitar 13 tahun semasa pemerintahan kekandanya YDM Raja Ali, namun bagi jawatan sebagai Yang DiPertuan Muda, Raja Abdullah tidak mahu memegang nya terlalu lama dan sudah pun merancang untuk memegang nya selama 1 tahun sahaja serta sudah pun buat surat wasiat dengan menamakan anakanda saudara nya iaitu Raja Muhammad Yusuf Ibni Raja Ali sebagai pengganti Yang DiPertuan Muda. YDM Raja Abdullah telah mangkat pada tahun 1858 iaitu setelah memegang jawatan Yang DiPertuan Muda selama 1 tahun. Lokasi makam terletak di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *