Sultan Johor Riau Dan Pahang yang Ke 4, Sultan Mahmud Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Muazam Syah

Sultan Johor Riau Dan Pahang yang Ke 4, Sultan Mahmud Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Muazam Syah. Ditabalkan oleh Yang DiPertuan Muda Daeng Kemboja pada tahun 1761 ketika berusia 2 tahun setelah mangkatnya kekanda baginda yang berusia 10 tahun. Pada tahun 1777 sewaktu ayahanda saudara baginda, Raja Haji ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Muda di Pahang, baginda yang pada masa itu berusia 18 tahun, berada di Riau menguruskan pemakaman YDM Daeng Kemboja yang telah mangkat. Pada tahun 1784 setelah mangkat YDM Raja Haji Fisabillah didalam peperangan dengan Belanda di Melaka, pehak Belanda telah mula menempatkan angkatan perang nya di Riau dan mula mencampuri urusan pemerintahan. Sejak itu Belanda mula memberikan tekanan kepada baginda supaya Yang DiPertuan Muda Raja Ali Ibni Daeng Kemboja yang memimpin angkatan perang nya menyerang pasukan perang Belanda yang berada di Riau. Setelah Yang DiPertuan Muda Raja Ali berserta angkatan perang nya meninggalkan Riau, baginda kemudian nya melakukan peperangan gerila dengan Belanda selama beberapa tahun. Pada tahun 1787, baginda telah memimpin angkatan perang sekitar 90 buah perahu perang dan 7000 perajurit yang dibantu Raja Tempasuk dari Kalimantan dan akhirnya telah berjaya mengalahkan seluruh pasukan perang Belanda yang berada di Riau. Setelah itu baginda baginda telah memerintahkan semua rakyat baginda agar meninggalkan Riau bagi mengelakkan serangan balas tentera Belanda yang akan datang daripada Melaka. Baginda berpindah ke Daik Lingga bersama 200 buah perahu manakala Bendahara Tun Abdul Majid pula berpindah ke Pahang bersama 150 buah perahu dan beberapa yang lain pula berpindah yang ke Bulang, Trengganu, Kalimantan, dan kawasan-kawasan lain di bawah takluk Kesultanan Riau-Lingga-Johor-Pahang.  Baginda mangkat pada tahun 1812 dan dimakamkan di dalam komplek Masjid Sultan Jamek di Daik Lingga, Kepulauan Riau.

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *