Senarai ringkas Sultan Sultan Yang Di Pertuan Besar (YDB) bagi Kesultanan Riau-Lingga dari awal hingga yang terakhir,

[Photo makam Yang DiPertuan Besar, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah: Memerintah Tahun 1722 – 1760].

Pengenalan mengenai senarai ringkas Sultan Sultan Yang Di Pertuan Besar (YDB) bagi Kesultanan Riau-Lingga dari awal hingga yang terakhir, yang dahulu nya di kenali sebagai Kesultanan Johor, Riau-Lingga dan Pahang, agar mudah difahami akan langkah langkah yang sedang di usahakan bagi menghidupkan kembali Kesultanan Riau Lingga yang telah bermula sejak awal tahun 2017 ini.

Senarai nama nama Sultan Yang Di Pertuan Besar (YDB) bagi Kesultanan Johor, Riau-Lingga dan Pahang serta jajahan takluknya, setelah Opu Opu Bugis lima bersaudara berjaya mendapatkan kembali Kesultanan Johor tersebut melalui peperangan di Riau pada tahun 1722.

1. YDB Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah: Memerintah Tahun 1722 – 1760. 2. YDB Sultan Abdul Jalil Muazam Shah Ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah: Memerintah Tahun 1760 – 1761. 3. YDB Sultan Ahmad Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Muazam Shah: Mangkat tidak lama setelah di tabalkan pada tahun 1761. 4. YDB Sultan Mahmud Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Muazam Shah: (Baginda Lingga): Memerintah Tahun 1761 – 1812. 5. Sultan Abdul Rahman Muazam Shah Ibni Sultan Mahmud Shah: Memerintah Tahun 1812 – 1832. 6. Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Abdul Rahman Muazam Shah: Memerintah Tahun 1832 – 1841. 7. Sultan Mahmud Muzaffar Syah Ibni Sultan Muhammad Shah. Memerintah Tahun 1841 – 1857. *Diturunkan daripada tahta oleh Pemerintah Belanda pada tahun 1857. Keluarga DiRaja Melayu kemudiannya bersetuju untuk menabalkan ayahanda saudara baginda. Sultan Mahmud mangkat di Pahang pada tahun 1864.(*Kesultanan Johor, Riau-Lingga dan Pahang mula berpecah sekitar tahun 1868, dan setelah itu mula dikenali sebagai Kesultanan Riau Lingga*). 8. Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Ibni Sultan Abdul Rahman Muazam Shah: Memerintah Tahun 1857 – 1883. *Setelah mangkat Sultan Sulaiman pada tahun 1883, Keluarga DiRaja Melayu kemudiannya telah bersetuju untuk mengangkat cucuanda saudara baginda sebagai Pemangku Yang DiPertuan Besar, iaitu puteri kepada Almarhum Sultan Mahmud Muzaffar Syah Ibni Sultan Muhammad Shah yang diturunkan daripada tahta oleh Pemerintah Belanda pada tahun 1857 dahulu. 9. Pemangku YDB Tengku Embong Fatimah Binte Sultan Mahmud Muzaffar. Memangku jawatan tersebut selama 2 tahun dari Tahun 1883 – 1885 dan kemudian menyerahkan jawatan Yang DiPertuan Besar kepada Putera nya dengan persetujuan Keluarga DiRaja Melayu. 10. YDB Sultan Abdul Rahman Muazam Syah (Putera Tengku Embong Fatimah dengan suami nya, Yang DiPertuan Muda Riau ke-10, Raja Muhammad Yusuf bergelar Sultan Muhammad Yusuf). Sultan Abdul Rahman Muazam Syah mula memeggang Jawatan Yang DiPertuan Besar pada tahun 1855.

Pada tahun 1899, Yang DiPertuan Muda Raja Muhammad Yusuf telah memerintah Kesultanan Riau Lingga sejak tahun 1858 telah mangkat di Daik. Putera baginda iaitu Raja Ali Kelana yang sepatutnya ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Muda Riau ke 11, setelah kemangkatan Ayahanda nya itu bagaimana tidak di tabalkan kerana tidak di persetujui oleh Pemerintah Belanda (diatas sebab muslihat politik mereka). Sebalik nya Pemerintah Belanda mendesak agar Yang DiPertuan Besar, Sultan Abdurrahman Muazam Shah yang juga merupakan Putera Almarhum Yang DiPertuan Muda Raja Muhammad Yusuf agar turut memeggang Jawatan Yang DiPertuan Muda (juga diatas sebab muslihat politik mereka). Tujuannya adalah untuk melemahkan sistem Pemerintah Kesultanan Riau Lingga. Akhirnya Pemerintah Belanda berjaya secara paksa menurunkan Sultan Abdurrahman Muazam Shah dan Tengku Besar Umar dari tahta pada tahun 1911. Disebabkan kejadian ini, terpaksalah Sultan berserta keluarga dan kerabat kerabat terdekat baginda berhijrah ke Singapura. Pemerintah Belanda kemudiannya membubarkan sistem Pemerintah Kesultanan Riau Linggga dan digantikan dengan sistem Pemerintah Belanda pada tahun 1913.

Usaha usaha untuk mendapat kembali Kesultanan Riau Lingga yang telah diusahakan oleh Sultan Abdurrahman berserta menteri menteri baginda yang juga merupakan kerabat terdekat baginda, telah tidak berjaya disebabkan pergolakkan politik dunia pada masa itu. Akhirnya Sultan Abdurrahman pun mangkat di Singapura pada tahun 1930.

Usaha usaha berikutnya untuk menghidupkan kembali Kesultanan Riau Lingga juga telah digerakkan semula pada sekitar tahun 1946 hingga tahun 1950an oleh kerabat kerabat dan orang orang Singapura dan Riau (Kepulauan Riau), yang telah mencalonkan Tengku Ibrahim Bin Tengku Umar, cucu Almarhum Sultan Abdurrahman sebagai Sultan Riau Lingga, namun usaha tarsebut juga tidak berjaya disebabkan pergolakkan politik di Indonesia dan rantau ini pada masa itu.

Mudah2an usaha terkini yang dimulakan pada awal tahun 2017 dengan bantuan peguam dari Tanjungpinang menghidupkan kembali Kesultanan Riau Lingga sesuai dengan izin Pemerintah Indonesia menerusi peruntukan undang undang yang termaktub didalam Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 39 Tahun 2007, usaha kali ini akan berjaya… Aamiin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *