Pulau Penyengat Pusat Pemerintahan Kesultanan Riau Lingga

Pulau Penyengat yang juga dikenali sebagai Pulau Penyengat Indra Sakti di wilayah Kepulauan Riau dahulu nya merupakan pusat pemerintahan Kesultanan Riau Lingga selama 108 tahun daripada tahun 1803 hingga ke tahun 1911 masihi. Belanda menyebutnya sebagai Pulau Mars.

Pulau Penyengat ini terletak berhadapan dengan pelabuhan Kota Tanjungpinang, Kepulauan Riau, yang berjarak kurang lebih 2 km dari pusat kota. Pulau ini berukuran panjang 2.000 meter dan lebar 850 meter, berjarak lebih kurang 35 km dari Pulau Batam. 

Pulau Penyengat ini dapat ditempuh dari pelabuhan Kota Tanjung Pinang dengan menggunakan perahu bermotor atau lebih dikenal pompong selama hanya sekitar 15 menit.

Pulau Penyengat kini merupakan salah satu objek wisata di Kepulauan Riau yang mempunyai keistimewan nya seperti berikut.

1. Pusat pemerintahan Kerajaan Riau Lingga

Pulau Penyengat pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Riau Lingga. Ketika itu namanya dikenali sebagai Pulau Penyengat Inderasakti. 

Pada tahun 1721 pulau ini sudah pun menjadi medan pertepuran sewaktu berlakunya perang saudara bagi Empayer Kesultanan Johor yang kemudian nya di kenali sebagai Kesultanan Johor Riau dan Pahang pada tahun 1722.

Pada tahun 1782 – 1784 masihi sewaktu Yang DiPertuan Muda Riau ke-4 Raja Haji (Fisabilillah) Ibni Opu Daeng Celak, Pulau Penyengat ini telah dijadikan kubu penting yang lengkap dengan meriam meriam serta alat peperangan lain nya yang telah menjadi medan pertahanan bagi menghadapi serangan tentera laut Belanda daripada Melaka yang datang menyerang Riau.

Yang DiPertuan Besar Sultan Mahmud Syah Ibni Sultan Abdul Jalil berkediaman rasmi di Daik-Lingga berserta keluarga dan kerabat baginda

Pada tahun 1803 masihi, Pulau Penyengat kemudian nya dibangun menjadi Pusat Pemerintahan serta kediaman rasmi Yang Dipertuan Muda Riau ke-6 Raja Jaafar Ibni Raja Haji Fisabilillah serta keluarga dan kerabat nya.

Sejak itu lengkaplah peranan Pulau Penyengat sebagai Pusat Pemerintahan, Adat Istiadat, Agama Islam dan Kebudayaan Melayu yang termashyur di Nusantara ini. Pulau Penyengat kekal menjadi Pusat Pemerintahan serta kediaman rasmi Yang Dipertuan Muda Riau serta keluarga dan kerabat seterusnya nya.

Pada tahun 1832 masihi, apabila mangkat Yang DiPertuan Muda Raja Jaafar Ibni Raja Haji Fisabilillah pada tahun , puteranya Raja Abdurrahman Ibni Raja Jaafar ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Muda Riau ke-7. Pada pemerintahan Yang DiPertuan Muda Raja Abdurrahman ini, di tahun 1844 masihi Masjid Raya Sultan Riau yang masih ada sekarang ini telah dibena bagi mengganti masjid lama yang diperbuat daripada kayu. Pada masa itu Pulau Penyengat semakin berkembang sebagai Pusat Pemerintahan, Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu serta pusat pembelajaran ilmu Agama Islam.

Setelah mangkat Yang DiPertuan Muda Raja Abdurrahman Ibni Raja Jaafar, saudaranya Raja Ali Ibni Raja Jaafar pula ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Muda Riau ke-8. Pada masa itu Pulau Penyengat semakin berkembang, selain diketahui sebagai Pusat Pemerintahan, Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu, ianya turut menjadi pusat pembelajaran ilmu Agama Islam yang mana ramai guru guru Agama Islam yang mashyur di Nusantara ini telah dijemput untuk tinggal dan mengajar di Pulau Penyengat.

2. Pulau bersejarah

Pulau Penyengat merupakan pulau yang bersejarah. Pulau ini memiliki kedudukan penting dalam peristiwa jatuh bangunnya Empayer Melayu. 

Peranan penting tersebut berlangsung sekitar 190 tahun lama nya, sejak berdirinya Kerajaan Riau di tahun 1722, sampai akhirnya diambil alih sepenuhnya oleh Belanda pada 1911.

3. Jadi kubu pertahanan perang saudara di Johor

Awalnya pulau ini hanya sebuah tempat persinggahan armada-armada pelayaran yang melayari perairan Pulau Bintan, Selat Malaka dan sekitarnya. 

Namun pada tahun 1721 ketika meletus perang saudara yang mana Raja Kecil daripada Siak yang mendakwa sebagai keturunan Sultan Mahmud Syah Mangkat DiJulang telah berjaya untuk merebutkan tahta Kesultanan Johor daripada Sultan Abdul Jalil Riayat Syah, telah ditentang oleh angkatan perang Putera Raja Bugis Lima Bersaudara yang berasal daripada Luwu – Sulawesi yang membantu Raja Sulaiman putera Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Syah yang telah mangkat di Kuala Pahang.

Pulau Penyengat mula dijadikan kubu pertahanan oleh tentera Raja Kecil, pada masa itu Raja Kecil telah pun memindahkan Pusat Pemerintahan Kesultanan Johor dari Kota Tinggi (Johor) ke Riau di Hulu Sungai Carang (Pulau Bintan). 

Perang saudara itu akhirnya dimenangi oleh angkatan perang Putera Raja Bugis Lima Bersaudara iaitu Opu Daeng Perani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Marewah, OPu Daeng Chelak dan Opu Daeng Kemasi, yang berperang bagi pehak Raja Sulaiman putera Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat dan saudaranya.

Selanjutnya, Raja Sulaiman ditabalkan oleh Opu Daeng Merewah sebagai Sultan Yang Dipertuan Besar bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah bagi Kesultanan Johor-Riau-Lingga dan Pahang pada 4 Oktober 1722.

4. Ada banyak bangunan bersejarah

Bangunan bersejarah di Pulau Penyengat di antaranya yaitu Masjid Raya Sultan Riau, Mushaf Al-Quran, Istana Kantor dan Balai adat Melayu.

Monumen Bahasa Melayu juga didirikan di pulau ini. Pada tanggal 19 Agustus 2013, diletakkan batu pertama pembangunan Monumen Bahasa Melayu di areal dalam bekas Benteng Kursi, Pulau Penyengat, oleh Gubernur Kepulauan Riau, HM Sani. 

Pembangunan monumen ini merupakan wujud penghormatan dan penghargaan Pemerintah Provinsi Kepri terhadap jasa-jasa Raja Ali Haji sebagai pahlawan nasional di bidang bahasa. 

Selain itu juga untuk lebih mengenalkan tentang asal dan arti bahasa Melayu yang dipakai di Kepulauan Riau dan Lingga, serta bahasa Indonesia yang digunakan saat ini.

5. Pulau Mas Kawin

Pada 1803 masihi Pulau penyengat ini dijadikan mas kawin oleh Sultan Mahmud Syah Ibni Sultan Abdul Jalil untuk pemaisuri baginda Raja Hamidah Binti Raja Haji Fisabilillah yang merupakan saudara kepada Yang Dipertuan Muda Riau ke-6 Raja Jaafar Ibni Raja Haji Fisabilillah. Bagi menjaga keselamatan Raja Hamidah yang dikenal sebagai Engku Puteri Raja Hamidah, Yang DiPertuan Muda Raja Jaafar pun membangunkan Pulau Penyengat sebagai Pusat Pemerintahan serta kediaman rasmi Yang Dipertuan Muda Riau serta keluarga dan kerabat nya keturunan Raja Haji Fisabilillah. Engku Puteri Raja Hamidah mangkat pada tahun 1844 dan telah di makamkan di sebuah komplek pemakaman nya sendiri di Pulau Penyengat. 

Didalam kawasan komplek makam Engku Puteri Raja Hamidah tersebut juga telah dimakamkan Raja Ali Haji yang dikenal sebagai pengarang Gurindam Dua Belas dan ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional dan makam ayahanda nya Raja Haji Ahmad Ibni Raja Haji Fisabilillah serta makam Yang Dipertuan Muda Riau ke 9, Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar dan isteri nya Tengku Aisyah Binti Sultan Abdul Rahman Muazam Syah I.

Makam ayahanda Engku Puteri Raja Hamidah iaitu Yang DiPertuan Muda Riau ke-4 Raja Haji (Fisabilillah) Ibni Opu Daeng Celak yang mangkat di Teluk Ketapang di Melaka sewaktu menentang tentera Belanda pada tahun 1784.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *