Kenyataan Akhbar Sultan Abdurrahman Muazam Syah di “The Strait Times” Singapura pada February 15, 1911

Keratan akhbar “The Strait Times” Singapura pada February 15, 1911 ini adalah mengenai Kenyataan Akhbar Sultan Abdur Rahman Muazam Syah, Sultan Riau Lingga yang di buat di Singapura dengan tajuk, “Satu Perjanjian Yang Di Bacakan, Tetapi Lain Pula Yang DiSuruh Untuk DiTandatangani”. 
Kenyataan Akhbar tersebut adalah bagi menjawab Pengumuman Rasmi (Gazette) oleh Netherlands India Government (Pemerintah Belanda) pada 11 February 1911 di akhbar yang sama berhubung dengan tindakan Pemerintah Belanda menurunkan baginda secara paksa daripada tahta Kerajaan Riau Lingga.

Didalam Kenyataan Akhbar tersebut, Sultan Abdur Rahman Muazam Syah memberitahu bahawa baginda serta Kerajaan baginda senantiasa berusaha serta bekerjasama sebaik mungkin didalam suasana harmoni dengan Pemerintah Belanda, meski pun kerap kali pihak Pemerintah Belanda melakarkan perjanjian yang mengurangkan kuasa dan keistimewaan baginda dari masa ke semasa, pada setiap perjanjian baru semakin banyak kuasa Pentadbiran baginda yang diambil dari tangan baginda dan dipindahkan kepada Pegawai Pegawai Pemerintah Belanda.

Kesemua perjanjian perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh baginda dan baginda memenuhi semua perkara perkara yang terkandung didalamnya, kerana baginda tahu bahawa, apabila terdapat dua kuasa, maka kuasa yang lemah harus memberi laluan kepada kuasa yang kuat , dan juga memahami akan keperluan untuk tinggal bersama bersesuaian dengan perlindungan yang telah diberikan kepada baginda serta Sultan terdahulu, asalkan permintaan permintaan yang di ketengahkan oleh Kuasa tersebut tidaklah terlalu menyusahkan dan yang tidak munasabah.

Beberapa bulan sebelumnya, satu lagi perjanjian baru yang di cadangkan oleh Resident Riau yang datang ke istana baginda di Pulau Penyengat dan membacakan cadangan perjanjian tersebut di hadapan baginda dan para menteri baginda. Setelah mendapatkan pandangan dari Kerajaan baginda, maka diputuskan bahawa baginda bolehlah menandatangani perjanjian  tersebut, dan pada 26 Disember 1910, Resident menjemput baginda untuk datang ke Tanjung Pinang untuk baginda menurunkan tandatangan baginda.

Apabila baginda membaca perjanjian yang diberikan itu, baginda dapati bahawa ianya tidak sama dengan perjanjian yang dibacakan dahulu kepada baginda dan para menteri baginda, namun begitu Resident tetap juga mahukan baginda untuk menandatangani perjanjian itu. Baginda tidak mahu menandatangani perjanjian yang baru itu sehinggalah baginda berbincang dahulu dengan Kerajaan baginda dan pada masa yang sama baginda meminta Pesident untuk menghantarkan satu salinan kepada Kerajaan baginda untuk diteliti.

Beberapa hari kemudian satu salinan perjanjian yang baru itu dihantarkan kepada baginda dan baginda pun mengadakan mesyuarat dengan para menteri baginda, yang teperanjat melihatkan isi kandungan nya, yang sangat berlainan daripada perkara perkara yang dahulu dibacakan kepada mereka. Didalam perjanjian akhir ini, semua kuasa baginda sebagai Sultan diambil daripada baginda dan di kurangkan hingga hanya menjadi sebagai Ketua Adat Istiadat saja, seluruh kuasa Pentadbiran Kerajaan akan diambil dari tangan baginda sehinggakan tidak mempunyai apa apa kuasa ditanah datok moyang sendiri, begitu juga dengan wang elaun yang selalu dibayarkan kepada baginda setiap bulan sebagai ganti bagi kesemua hilangnya cukai pendapatan Negara disebabkan oleh perjanjian perjanjian yang dipaksakan untuk baginda tandatangani, juga akan dikurangkan.

Baginda telah dinasihatkan secara rasmi oleh Kerajaan baginda untuk menjawab bahawa cadangan perjanjian tersebut adalah terlalu membebankan dan meminta agar satu perjanjian yang tidak terlalu membebankan dibuat. Baginda juga telah meminta agar jawapan baginda itu di kirimkan juga kepada Governor General of the East Indies untuk pertimbangan nya.

Pada 6 February 1911, baginda telah pergi ke Lingga untuk suatu tugas berhubung dengan satu kes pembunuhan dan pada 8 February baginda berangkat pulang ke Riau melalui Selat Panjang dimana baginda berhenti untuk bermalam. Pada 9 February, semasa hampir di Riau, baginda bertemu dengan perahu Pemerintah Belanda, “Braca” dan diberitahu bahawa baginda telah di turunkan daripada tahta Kerajaan.

Sehingga ke tarikh ini, baginda tidak menerima jawapan akan permintaan baginda agar satu perjanjian baru dilakarkan atau meminta baginda untuk menandatangani semula perjanjian yang dahulu.

Setibanya baginda di Riau, baginda terperanjat melihatkan tiga kapal perang yang telah menurunkan askar askar di Pulau Penyengat.

Askar askar ini telah memecahkan dan membuka gudang minyak benzene dan dua lagi bangunan untuk mencari sejumlah senjata api serta peluru, dan Resident juga bertanya kepada baginda samaada baginda ada menyembunyikan 700 pucuk senapang dan peluru.

Pasti nya baginda tidak mempunya senjata senjata tersebut dan juga peluru, maka tiada satu pun yang ditemui.

Pegawai yang mengetuai tugas tersebut menyuarakan rasa marah nya kerana telah dihantar menjalankan tugas yang tidak menemuikan hasilnya, kerana Sultan dan Kerajaannya serta rakyatnya didapati tetap bersetia dengan Pemerintah Belanda dan tiada terdapat tanda tanda bahawa mereka sedang bersiap siap untuk melakukan perlawanan.

Sultan Abdurrahman juga menyatakan rasa yakinnya bahawa kenyataan baginda ini akan diterbitkan oleh akhbar ini, kerana baginda tidak boleh membiarkan tuduhan yang diterbitkan di Pengumuman Rasmi (Gazette) Netherlands India Government (Pemerintah Belanda), yang menyatakan bahawa baginda berpakat dengan kumpulan penentang Pemerintah Belanda di biarkan tanpa di jawab untuk memberitahu bahawa tuduhan itu adalah tidak benar.

Baginda juga menyatakan bahawa cadangan untuk mencalonkan cucu lelaki baginda yang berusia 10 tahun sebagai Sultan, tanpa diragukan lagi bahawa ianya untuk membolehkan Pemerintah Belanda untuk memboleh kan semua perjanjian mereka dilaksanakan dengan mudah dan memindahkan semua kuasa ketangan mereka, serta memungut cemua cukai cukai, pertambangan dan lain lain keuntungan, yang merupakan keinginan dan tujuan sebenar baginda di turunkan daripada tahta Kerajaan.

(Ditandatangani didalam tulisan jawi)
Raja Abdur Rahman Bin Mohamed Eusope.