Intro

Salam Sejahtera dan Selamat datang ke laman web Riau Lingga. Berbagai informasi dikongsi mengenai daerah Batam, Tanjungpinang, Bintan, Lingga, Karimun dan Natuna yang dahulu nya merupakan Wilayah Kesultanan Riau Lingga. Informasi mengenai sejarah, tempat tempat yang menarik untuk dilawati, membeli secara online bagi pakaian dan aksesori yang cantik menarik, Festival dan Acara Budaya yang hebat dan sebagai nya. Semoga bermenafaat…

Salam hormat daripada saya yang berketurunan Bugis dan Melayu daripada Kesultanan Riau Lingga. Nama saya dan salasilah daripada Bugis ialah: Raja Muhammad Khalid Bin Raja Adnan Bin Raja Haji Salman Bin Raja Haji Ali Tengku Selat Bin Raja Muhammad Tengku Nong Ibni Yang DiPertuan Muda Riau (YDM) Ke-9 Raja Abdullah Ibni YDM Ke-6 Raja Jaafar Ibni YDM Ke-4 Raja Haji Fisabilillah Ibni YDM ke-2 Opu Daeng Cellak Ibni Opu Daeng Rilaga daripada Kerajaan Bugis Luwu – Sulawesi.  

Salasilah daripada sebelah Melayu pula daripada pemaisuri YDM ke-9 Raja Abdullah yang bernama Tengku Aisyah Binti Sultan Abdul Rahman Muazam Syah Ibni Sultan Mahmud Riayat Syah Ibni Sultan Abdul Jalil (Raja Di Baroh) Ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (mula bertahta pada tahun 1722).