Cop Mohor Sultan Abdurrahman Muazam Syah di Singapura

Setelah pemakzulan Sultan Abdulraman dan Tengku besar Umar daripada Kerajaan Riau-Lingga pada 10 Februari 1911, Sultan Abdurrahman, Tengku Besar Umar, Raja Ali Kelana, Raja Khalid Hitam, Raja Muhammad Tahir serta lainnya bersama sama keluarga masing masing telah meninggalkan Riau dan belayar ke Singapura. Sultan Abdurrahman bersama keluarga dan kerabat terdekat Baginda belayar dari Pulau Penyengat keSingapura dengan menaiki kapal Baginda yang bernama ‘Seri Daik’.

 Semasa Sultan Abdurrahman yang berada di Singapura, baginda telah membuat Kenyataan Akhbar di akhbar Singapura, The Straits Times pada 15 February 1911 mengenai perlucutan jawatan Baginda sebagai Sultan Kerajaan Riau Lingga, yang lakukan secara tidak adil kerana tuduhan yang dibuat oleh pehak Pemerintah Belanda mengenai pakatan Baginda dengan pehak lain yang mahu membangkan serta memerangi Pemerintah Belanda adalah tidak benar. Sultan Abdurrahman juga menyatakan bahawa helah pehak Belanda mahu mencalon cucunda Baginda yang berusia 10 tahun (Tengku Mahmud Bin Tengku Umar) sebagai Sultan, hanyalah satu muslihat untuk membolehkan pihak Pemerintah Belanda menguasai dan memindahkan seluruh kuasa keatas mereka bagi membolehkan mereka menguasi sepenuh nya pendapatan dan keuntungan yang diperolehi daripada cukai, perlombongan dan lain nya milik Kerajaan Riau Lingga.

Sultan Abdurrahman dan para Menteri Baginda seperti Raja Ali Kelana, Raja Khalid Hitam dan lainnya juga merancang di Singapura untuk mendapatkan bantuan daripada Turki dan Jepun untuk mengambil Kerajaan Riau Lingga daripada Pemerintah Belanda. Usaha usaha mengumpul dana pun dilakukan bagi menjayakan rancangan tersebut. Dalam pada itu, Pemerintah Belanda di Riau Lingga Kingdom telah membuat pengumuman untuk memberitahu Sultan Abdurrahman serta kerabat kerabat DiRaja yang berada di Singapura bahawa Pemerintah Belanda akan merampas segala harta harta mereka di Pulau Penyengat dan di Riau Lingga sekiranya mereka tidak kembali dan menguruskan harta harta mereka. Apabila Sultan Abdurrahman mendengar perkara ini, Baginda pun mengarahkan orang orang yang berada di Pulau Penyengat untuk membuka dan memusnahkan Istana Istana dan bangunan bangunan yang lain yang dimiliki oleh Sultan dan keluarga Binda serta kerabat kerabat DiRaja lain nya. Baginda juga mengarahkan menanam tanah tanah yang kosong di Pulau Penyengat – Riau dan di Daik – Lingga, yang mungkin akan dirampas oleh Pemerintah Belanda.

Apabila usaha Sultan Abdurrahman dan lain lain nya untuk mengumpul dana yang mencukupi, mereka pun menghantar Raja Khalid Hitam ke Jepun pada tahun 1911 untuk mendapatkan bantuan daripada Maharaja Jepun. Mereka juga menghantar Raja Ali Kelana ke Turki untuk mendapatkan bantuan daripada Sultan Empayer Othmania. Malangnya kedua dua usaha untuk mendapatkan bantuan daripada Turki dan Jepun itu tidak berjaya. Raja Khalid Hitam yang dihantar ke Jepun pada keli kedua pada tahun 1913, telah mangkat di Jepun sebelum berjaya bertemu dengan Maharaja Jepun. Dipercayai bahawa Raja Khalid Hitam telah mati diracun semasa berada di Jepun. Dengan itu harapan untuk pulang dan mengambil kembali Kerajaan Riau Lingga daripada Pemerintah Belanda menjadi musnah.

Kemudian pada tahun 1913 itu juga, Pemerintah Belanda pun membubarkan Kerajaan Riau Lingga serta sistem pemerintahnya dan menggantikan dengan sistem Pentadbiran Pemerintah Belanda dan mengangkat orang orang Riau yang setia kepada mereka untuk menjadi pegawai pegawai mereka.
Sultan Abdurrahman bersama keluarga serta kerabat kerabat terdekat Baginda terus tinggal di Singapura.

Raja Muhammad Tahir Bin Raja Abdullah mangkat pada tahun 1918.

Raja Ali Kelana dan keluarga nya telah berpindah ke Johor dan telah dilantik sebagai Syaikhul Islam Johor oleh Sultan Ibrahim dan memegang jawatan tersebut selama sekitar 13 years. Raja Ali Kelana mangkat dirumah nya Johor Bahru pada 4 December 1927.

Sultan Abdurrahman yang menetap di Singapura selama sekitar 29 tahun sejak datang dari Riau pada tahun 1911, telah mangkat dirumahnya di Singapura pada 28 December 1930.

Tengku Besar Umar dan keluarga nya telah berpindah ke Terengganu dan telah mangkat di Kuala Terengganu pada tahun 1939.

Sultan Abdurrahman Muazam Syah
Tengku Besar Umar Ibni Sultan Abdurrahman Muazam Syah