Cogan Kesultanan Johor, Riau dan Pahang

Cogan yang diperbuat daripada emas tulin ini adalah sebahagian daripada alat kebesaran KeSultanan Johor, Riau-Lingga dan Pahang. Tulisan Melayu Jawi yang terdapat padanya berbunyi: “Bismillah HirRahman Nir Rahim” Bahwa inilah Raja yang berketurunan dari Bukit Seguntang asalnya dari Baginda Seri Sultan ISKANDAR ZULKARNAIN. Inilah Raja yang Adil lagi Berdaulat yang mempunyai Tahta Kerajaan serta Kebesaran dan Kemuliaan kepada segala Negeri Tanah Melayu kurnia Tuhan Rabbul-Arsyil Azim atasnya dikekalkan Allah Subahannallahu Taalla diatas Kerajaannya ditambahi Allah pangkat yang Kebesaran serta Darjat Kemuliaan Daulatu Sa’adati Allahuma Khalidullahulahu Bija-annabiyi Mursalin Waallalihi Wasyahbihi Ajemain – Amin Amin – Allahuma – Amin.

Cogan kebesaran KeSultanan Johor, Riau-Lingga dan Pahang ini kini disimpan di Musium Nasional Indonesia di Jakarta.

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *