Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-6, Raja Jaafar Ibni Raja Haji Fisabillah

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-6, Raja Jaafar Ibni Raja Haji Fisabillah. Ditabalkan pada tahun 1806 oleh Sultan Mahmud Syah setelah mangkat nya Yang DiPertuan Muda Raja Ali. Beberapa tahun sebelum kemangkatan YDM Raja Ali, Raja Jaafar berserta keluarga nya telah tinggal di Selangor atas undangan sepupunya, Sultan Ibrahim, Sultan Selangor ke-2 untuk tinggal dan membuka lombong timah di Selangor. Raja Jaafar menjadi kaya raya diatas usaha pelombongan timah diSelangor. Setelah ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-6, Raja Jaafar menjalankan pentabiran kerajaan di Pulau Bayan dipusat pentabiran almarhum YDM Raja Ali. Apabila Sultan Mahmud Syah membina istana dan kota untuk pemaisuri baginda, Raja Hamidah (Engku Puteri) Binti Raja Haji Fisabilillah di Pulau Penyengat, YDM Raja Jaafar pun memindahkan pusat pentadbiran kerajaan ke Pulau Penyengat bagi membantu dan menjaga adinda nya, Raja Hamidah (Engku Puteri). Sejak itu, YDM Raja Jaafar telah dilakukan perluasan kota serta dengan istana istana dan bangunan bangunan kerajaan serta kemudahan kemudahan lain nya. YDM Raja Jaafar mangkat pada tahun 1831. Lokasi makam terletak di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-5, Raja Ali Ibni Daeng Kemboja

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-5, Raja Ali Ibni Daeng Kemboja. Ditabalkan pada tahun 1784 oleh Sultan Mahmud Syah setelah mangkat nya Yang DiPertuan Muda Raja Haji didalam peperangan dengan Belanda di Melaka. Yang DiPertuan Muda Raja Ali Ibni Daeng Kemboja telah memimpin angkatan perang Riau melakukan serangan keatas pasukan perang Belanda yang mula datang dan bertapak di Riau sejak berakhir nya peperangan di Melaka. Akibat tekanan Belanda keatas Sultan Mahmud Syah yang suruh baginda memecat Yang DiPertuan Muda Raja Ali kerana terus melakukan serangan keatas Belanda di Riau, maka YDM Raja Ali memileh meninggalkan Riau untuk mengelakkan Sultan Mahmud Syah daripada terus didesak dan diberikan tekanan oleh Belanda di Riau. YDM Raja Ali mangkat pada tahun 1806. Lokasi makam terletak di Tanjung Unggat, Kepulauan Riau.

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-4, Raja Haji (Fisabilillah) Ibni Opu Daeng Celak

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-4, Raja Haji (Fisabilillah) Ibni Opu Daeng Celak. Ditabalkan pada tahun 1777 oleh Bendahara Tun Abdul Majid di Pahang sewaktu Raja Haji berada di Pahang. YDM Raja Haji juga digelar Sultan Alauddin Syah. Mangkat Fisabilillah pada tahun 1784 di Telok Ketapang sewaktu berperang dengan Belanda yang bertahan di kota Melaka. Lokasi makam pada awal nya terletak di Kota Melaka, sebelum di pindahkan ke Pulau Penyengat -Kepulauan Riau oleh anakanda almarhum Raja Jaafar sewaktu menjadi Yang DiPertuan Muda Riau Ke 6.

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Sultan Johor Riau Dan Pahang yang Ke 4, Sultan Mahmud Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Muazam Syah

Sultan Johor Riau Dan Pahang yang Ke 4, Sultan Mahmud Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Muazam Syah. Ditabalkan oleh Yang DiPertuan Muda Daeng Kemboja pada tahun 1761 ketika berusia 2 tahun setelah mangkatnya kekanda baginda yang berusia 10 tahun. Pada tahun 1777 sewaktu ayahanda saudara baginda, Raja Haji ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Muda di Pahang, baginda yang pada masa itu berusia 18 tahun, berada di Riau menguruskan pemakaman YDM Daeng Kemboja yang telah mangkat. Pada tahun 1784 setelah mangkat YDM Raja Haji Fisabillah didalam peperangan dengan Belanda di Melaka, pehak Belanda telah mula menempatkan angkatan perang nya di Riau dan mula mencampuri urusan pemerintahan. Sejak itu Belanda mula memberikan tekanan kepada baginda supaya Yang DiPertuan Muda Raja Ali Ibni Daeng Kemboja yang memimpin angkatan perang nya menyerang pasukan perang Belanda yang berada di Riau. Setelah Yang DiPertuan Muda Raja Ali berserta angkatan perang nya meninggalkan Riau, baginda kemudian nya melakukan peperangan gerila dengan Belanda selama beberapa tahun. Pada tahun 1787, baginda telah memimpin angkatan perang sekitar 90 buah perahu perang dan 7000 perajurit yang dibantu Raja Tempasuk dari Kalimantan dan akhirnya telah berjaya mengalahkan seluruh pasukan perang Belanda yang berada di Riau. Setelah itu baginda baginda telah memerintahkan semua rakyat baginda agar meninggalkan Riau bagi mengelakkan serangan balas tentera Belanda yang akan datang daripada Melaka. Baginda berpindah ke Daik Lingga bersama 200 buah perahu manakala Bendahara Tun Abdul Majid pula berpindah ke Pahang bersama 150 buah perahu dan beberapa yang lain pula berpindah yang ke Bulang, Trengganu, Kalimantan, dan kawasan-kawasan lain di bawah takluk Kesultanan Riau-Lingga-Johor-Pahang.  Baginda mangkat pada tahun 1812 dan dimakamkan di dalam komplek Masjid Sultan Jamek di Daik Lingga, Kepulauan Riau.

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Sultan Johor Riau Dan Pahang yang Ke 2 dan Ke 3, Sultan Abdul Jalil Muazam Syah Ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan anakanda Sultan Ahmad Syah

Sultan Johor Riau Dan Pahang yang Ke 2, Sultan Abdul Jalil Muazam Syah Ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah terletak di dalam komplek makam yang sama dengan Almarhum ayahanda baginda. Sultan Abdul Jalil Muazam Syah yang ditabalkan pada 1760 sewaktu berada di Pahang. Namun baginda yang sedang sakit di Pahang telah mangkat beberapa bulan setelah ditabalkan. Anakanda baginda, Tengku Ahmad yang berusia 10 tahun kemudiannya ditabalkan Sebagai Sultan oleh YDM Daeng Kemboja, namun sekitar 1 tahun kemudian iaitu pada tahun 1761, Sultan Ahmad Syah juga telah mangkat. Lokasi makam teretak di dalam komplek Makam Sultan di Batu 6 Tanjungpinang, Kepulauan Riau.

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-3, Daeng Kemboja Ibni Opu Daeng Perani

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-3, Daeng Kemboja Ibni Opu Daeng Perani. Ditabalkan pada tahun 1745 oleh Sultan Yang DiPertuan Besar, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah bagi menggantikan YDM Opu Daeng Celak yang telah mangkat. YDM Daeng Kemboja juga digelar Sultan Alauddin Syah. YDM Daeng Kemboja mangkat pada tahun 1777. Lokasi makam terletak di Kampung Kuda Pasir, Kepulauan Riau “

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-2, Opu Daeng Celak Ibni Opu Daeng Rilaga

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-2, Opu Daeng Celak Ibni Opu Daeng Rilaga. Ditabalkan pada tahun 1728 oleh Sultan Yang DiPertuan Besar, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah bagi menggantikan YDM Opu Daeng Merewah yang telah mangkat. Opu Daeng Celak juga diberi gelar Sultan Alauddin Syah. YDM Opu Daeng Celak mangkat pada tahun 1745. Lokasi makam terletak di Ulu Riau Tanjungpinang, Kepulauan Riau.

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Pertama, Opu Daeng Merewah Ibni Opu Daeng Rilaga

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Pertama, Opu Daeng Merewah Ibni Opu Daeng Rilaga. Mula ditabalkan pada tahun 1722 oleh Sultan Yang DiPertuan Besar, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah bagi membalas jasa Opu Daeng Merewah Lima Bersaudara yang telah membantu baginda mendapatkan kembali tahta kesultanan Johor menerusi perang saudara. YDM Opu Daeng Merewah bergelar Sultan Alauddin Syah Ibni Opu seperti yang tertulis pada Cop Mohor baginda. Mangkat pada tahun 1728 dana dimakamkan di Ulu Riau Tanjungpinang, Kepulauan Riau.

Kembali semula ke http://riaulingga.com

Bendera Kesultanan Riau Lingga

Bendera Kesultanan Riau Lingga yang berbentuk Bulan Sabit dan Bintang yang merupakan lambang Islam ini serta berlatar belakangkan warna Merah – Putih, adalah merupakan lanjutan daripada Bendera Kesultanan Johor, Riau – Lingga dan Pahang yang juga merupakan lanjutan daripada Kesultanan Johor dan Kesultanan Melaka. Hubungan yang baik diantara Empayer Khalifah Turki Othmaniah di terletak sempadan Asia/Eropah dengan Empayer Kesultanan Melaka yang terletak di Nusantara ini adalah antara sebab kedua dua Empayer Kesultanan Islam ini mempunyai Bendera yang serupa.

Hubungan yang baik diantara Empayer Khalifah Turki Othmaniah dengan Empayer Kesultanan Melaka berterusan hingga lah ke zaman Kesultanan Riau Lingga, sebab itu dapat dilihat daripada pakaian Sultan Riau Lingga dan pakaian Yang DiPertuan Muda Riau serta pembesar pembesar nya, serupa dengan pakaian Sultan dan pembesar pembesar Kerajaan Turki Othmaniah.

*******************

Amalia Syam

KESULTANAN RIAU-LINGGA

Riau = Hulu Sungai Carang, Tanjungpinang, Pulau Bentan. Tempat kedudukan Yang Dipertuan Muda (Opu Daeng Lima Bersaudara kemudian diteruskan kepada keturunannya), satu jawatan setara Perdana Menteri. Kemudian berpindah ke Pulau Penyengat selepas Traktat London 1824 memecah Empayar Johor-Riau-Lingga-Pahang.

Lingga = Pulau Lingga. Berpusat di Daik. Tempat kedudukan Sultan Riau-Lingga.

Wilayah Kesultanan Riau-Lingga meliputi:- Tanjungpinang (nama lainnya Riau)- Pulau Bentan dan pulau-pulau sekitar- Kepulauan Lingga- Kepulauan Karimun- Batam dan pulau-pulau sekitar- Pulau Tujuh (Kepulauan Natuna, Kepulauan Anambas, dan Kepulauan Tambelan).

Kesultanan Riau-Lingga berakhir pada tahun 1911. Pada masa kini wilayahnya ialah Provinsi Kepulauan Riau yang berada di sebelah selatan Johor dan Singapura dan juga pulau-pulau di antara Semenanjung Malaya dan Borneo dan TIDAK meliputi Provinsi Riau modern di daratan Sumatera. Jadi, diharapkan jangan keliru.

Pada masa dahulu, orang-orang di kawasan Kepulauan Riau, memanggil Bandar Tanjungpinang dengan panggilan “Riau”. Misalnya ada yang bertanya, “Oi, awak nak pegi mana tu?” Lalu orang itu menjawap, “Saya nak pegi Riau (dalam loghat Melayu Riau dipanggil “Ghiau” atau “Iau”). Maknanya ia nak pergi ke Tanjungpinang di Pulau Bentan. Bahasa Melayu Riau merupakan asas daripada Bahasa Indonesia yang ditetapkan melalui Sumpah Pemuda pada tahun 1928.

RIAU = TANJUNGPINANG.*Gambar Bendera Kesultanan/Negeri Riau-Lingga. Kini wujudnya ialah Kepulauan Riau Province, Indonesia.

MAJULAH NEGERI RIAU-LINGGA!