Syarikat Ahmadiah Press DiSingapura

Raja Haji Ali Bin Raja Haji Muhammad (Tengku Nong) bergambar pada tahun 1927 bersama para Pegawai dan pekerja Syarikat Ahmadiah Press yang terletak di Jalan Sultan di Singapura . Syarikat Ahmadiah Press ini merupakan anak Syarikat Ahmadi & Co., Midai.

Syarikat Ahmadi & Co., Midai

Raja Haji Ali Bin Raja Haji Muhammad (Tengku Nong) bergambar bersama para Pegawai dan pekerja Syarikat Ahmadi & Co., Midai yang dirikan pada tahun 1906. Raja Haji Ali yang yang memiliki tanah tanah perkebunan yang banyak dan luas didaerah Natuna (Pulau Tujuh), turut menjadikan Syarikat Ahmadi & Co., Midai sebagai syarikat yang menguruskan tanah tanah perkebunan milik nya.

Raja Haji Ali Bin Raja Haji Muhammad (Tengku Nong)

Raja Haji Ali Bin Raja Haji Muhammad (Tengku Nong) Ibni Raja Abdullah, Yang DiPertuan Muda Riau ke-9. Raja Haji Ali pernah menjadi salah seorang Penasihat kepada Sultan Abdurrahman Muazam Syah sebelum menjadi Pengusaha yang memiliki tanah tanah perkebunan yang banyak dan luas didaerah Natuna (Pulau Tujuh). Raja Haji Ali turut menjadi salah seorang Pendiri Syarikat Ahmadi & Co., Midai yang dirikan pada tahun 1906, dan seterusnya menjadi Ketua Syarikat Ahmadi & Co., Midai dan Syarikat Ahmadiah Press di Singapura. Raja Haji Ali mangkat di Midai pada tahun 1955.

Raja Khalid Hitam Bin Raja Hasan

Raja Khalid Hitam Bin Raja Hasan Bin Raja Ali Haji bersama isteri, Raja Aishah Binte Raja Sulaiman Bin Raja Ali Haji. Gambar diambil semasa mau berangkat keJepun untuk meminta bantuan daripada Maharaja Jepun bagi membantu untuk memulihkan kembali Kerajaan Riau-Lingga yang dirampas oleh Kompeni Belanda pada tahun 1911. Manakala Raja Ali Kelana telah ke Turki untuk meminta bantuan daripada Sultan Kerajaan Othman. Raja Khalid Hitam yang dihantar ke Jepun pada kali kedua pada tahun 1913, telah mangkat di Jepun sebelum berjaya bertemu dengan Maharaja Jepun. 

Raja Ali (Kelana) Ibni Almarhum Raja Muhammad Yusuf

Raja Ali (Kelana) Ibni Almarhum Raja Muhammad Yusuf. Jawatan Kelana merupakan jawatan Timbalan Yang DiPertuan Muda Riau dan sepatutnya menggantikan Almarhum Ayahandanya, Yang DiPertuan Muda Raja Muhammad Yusuf yang mangkat pada tahun 1899 tetapi di halang oleh Resident Belanda di Riau. Sebaliknya pehak Belanda menyarankan Jawatan Yang DiPertuan Muda Riau di pegang juga oleh Sultan Abdurrahman Muazam Syah mulai tahun 1899). Raja Ali Kelana dan keluarga turut serta berhijrah ke Singapura pada tahun 1911, dan kemudian nya pindah ke Johor Bahru menjadi Penasihat Agama kepada Sultan Johor, Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Tun Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim. Raja Ali Kelana mangkat di Johor bahru pada tahun 1927.

Sultan Abdurrahman Muazam Syah II

Yang DiPertuan Besar ke-9, Sultan Abdurrahman Muazam Syah yang mula ditabalkan pada tahun 1855 merupakan putera Tengku Embung Fatimah Binti Almarhum Sultan Mahmud Muzaffar Syah, Sultan Riau Lingga ke 7 yang memerintah pada Tahun 1841 – 1857. *Diturunkan daripada tahta oleh Pemerintah Belanda pada tahun 1857 kerana tidak mahu ikut nasihat Residen Belanda. Baginda mangkat di Pahang pada tahun 1864.

Masjid Raya Sultan Riau di Pulau Penyengat

Masjid Raya Sultan Riau di Pulau Penyengat ini dibena pada tahun 1832 semesa pemerintahan Yang DiPertuan Muda Raja Abdurrahman Ibni Raja Jaafar. Masjid yang sudah ber usia 188 tahun ini telah diperbuat dari campuran utama nya iaitu pasir, kapur dan putih telor. Warna kuning dan hijau yang dominan lagi terang telah menampakkan lagi kecantikan Masjid Raya Sultan Riau dengan simbol warna kuning nya yang melambangkan kesejahteraan dan warna hijau nya pula melambangkan simbol agama Islam.

Awal nya masjid di Pulau Penyengat ini diperbuat daripada papan kayu waktu pertama kali mula dibangunkan pada tahun 1804. Pada tahun 1832 sewaktu Yang DiPertuan Muda Raja Abdurrahman mengajak rakyat untuk bergotong royong membina masjid baru, ramai yang menyumbang tenaga, ada ramai pula yang menyumbang bahan bahan binaan, logistik serta makanan untuk orang orang yang bekerja… antara sumbangan yang banyak ialah telur ayam yang jumlahnya bisa sampai berkapal-kapal. Jadi kerana terlalu banyak dan tidak mahu membazir maka akhirnya telur ini dipakai untuk bahan tambahan untuk perkuatkan bangunan masjid. Bangunan utama masjid ini berukuran 18 x 20 meter. Kubahnya berjumlah 13 buah dan bila ditambah dengan jumlah menara, jadi semua nya berjumlah 17 buah yang melambangkan jumlah rakaat salat selama sehari semalam.

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-9, Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-9, Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar. Ditabalkan pada tahun 1857 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II setelah mangkat kekanda nya Yang DiPertuan Muda Raja Ali. Yang DiPertuan Muda Raja Abdullah telah terus meningkatkan belajar dan mengajar ilmu Islam di Masjid Sultan Riau Pulau Penyengat dengan membawa guru guru agama Islam daripada Mekkah serta juga menjadi pemimpin Tarekat Naqsyabandiyah. Cop Mohor Yang DiPertuan Muda Raja Abdullah di tulis dengan tulisan jawi yang berbunyi, “Al Watik Baladun Al Aziz Al Ghaffar Sultan Alauddin Syah Ibni Al Marhum Raja Jaafar 1273-Hijrah”. YDM Raja Abdullah memegang jawatan Kelana, iaitu jawatan sebagai Timbalan Yang DiPertuan Muda sekitar 13 tahun semasa pemerintahan kekandanya YDM Raja Ali, namun bagi jawatan sebagai Yang DiPertuan Muda, Raja Abdullah tidak mahu memegang nya terlalu lama dan sudah pun merancang untuk memegang nya selama 1 tahun sahaja serta sudah pun buat surat wasiat dengan menamakan anakanda saudara nya iaitu Raja Muhammad Yusuf Ibni Raja Ali sebagai pengganti Yang DiPertuan Muda. YDM Raja Abdullah telah mangkat pada tahun 1858 iaitu setelah memegang jawatan Yang DiPertuan Muda selama 1 tahun. Lokasi makam terletak di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-8, Raja Ali Ibni Raja Jaafar

Yang DiPertuan Muda (YDM) Riau Yang Ke-8, Raja Ali Ibni Raja Jaafar. Ditabalkan pada tahun 1844 oleh Sultan Mahmud Syah setelah mangkat kekanda nya Yang DiPertuan Muda Raja Abdurrahman. Yang DiPertuan Muda Raja Ali meningkat lagi peraturan dan undang undang negeri di wilayah Kesultanan Riau Lingga dan meningkatkan lagi penyebaran belajar dan mengajar ilmu Islam di Pulau Penyengat khususnya di Masjid Sultan Riau. YDM Raja Ali mangkat pada tahun 1857. Lokasi makam terletak di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.