Kesultanan Johor, Riau Lingga dan Pahang

Bermula dengan nama Kesultanan Johor Riau Dan Pahang pada tahun 1722 apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV, ditabalkan sebagai Sultan yang pertama setelah Angkatan Perang Putera Raja Bugis Lima Bersaudara pimpinan Opu Daeng Merewah Ibni Daeng Rilaga memenangi perang saudara bagi pehak baginda semasa berlakunya perang saudara didalam Kesultanan Johor. Bagi membalas jasa Putera Raja Bugis Lima Bersaudara yang telah mendapatkan kembali tahta Kesultanan Johor melalui peperangan tersebut, Sulaiman Badrul Alam Syah pun menabalkan Opu Daeng Merewah menduduki jawatan Yang DiPertuan Muda (YDM) bergelar Sultan Alaudin Syah bagi membantu baginda mentadbir Kesultanan Johor Riau Dan Pahang yang berpusat di Ulu Riau dekat Sungai Carang. Pada masa itu juga diadakan Sumpah Setia Melayu Dan Bugis yang disebutkan sebagai “mata hitam dan mata putih yang tidak dapat dipisahkan” untuk saling tolong menolong diantara satu sama lain serta menjamin bahawa jawatan Sultan, Yang DiPertuan Besar (YDB) kekal dikhususkan untuk Keturunan DiRaja Melayu daripada Sultan Sulaiman serta keturunan baginda. Sementara jawatan Yang DiPertuan Muda (YDM) kekal dikhususkan untuk Keturunan Putera DiRaja Bugis Lima Bersaudara serta keturunan nya.

Pada tahun 1787 apabila Sultan Mahmud Syah III berpindah daripada Ulu Riau dekat Sungai Carang ke Daik Lingga, nama Riau Lingga mula ditambah dan mula dikenali sebagai Kesultanan Johor Riau Lingga Dan Pahang. Berlaku nya perpindah besar besaran daripada pusat pemerintahan di Ulu Riau ke Daik Lingga adalah kerana bagi menghindari serangan balas daripada Belanda setelah askar askar nya kalahkan oleh angkatan perang pimpinan Sultan Mahmud Syah satu serangan besar dengan bantuan daripada Raja Tempasok dari Kalimantan keatas askar askar Belanda yang ditempatkan di Tanjungpinang. Sewaktu berpindah ke Daik Lingga, Sultan Mahmud Syah telah pergi kesana bersama 200 perahu, sementara Datuk Bendahara pula berpindah ke Pahang bersama 150 perahu dan juga Datuk Temenggung berpindah ke Bulang dengn beberapa perahu lain nya. Apabila angkatan perang Belanda yang didatangkan daripada Melaka ke Riau, mereka dapati Riau telah kosong dan hanya tinggal beberapa orang yang berkerja di kebun kebun gambir. Askar askar Belanda tersebut mengekalkan penempatan di Tanjungpinang dan kemudiannya telah berdamai dengan Sultan Mahmud Syah yang berada di Daik Lingga.

Pada tahun 1804, apabila Sultan Mahmud Syah telah menikahi Raja Hamidah Engku Puteri Binti Raja Haji Fisabillah, baginda telah memerintahkan agar Pulau Penyengat dibangunkan menjadi kota yang lengkap dengan istana, masjid serta balai rong seri. Apabila telah siap semuanya, Sultan Mahmud Syah pun bertitah, “Raja Hamidah adalah sahaya membuat Pulau Penyengat ini dijadikan negeri sudah cukup dengan istananya serta dengan kota paritnya. Maka Raja Hamidah lah yang sahaya buatkan jadi miliklah kepada Raja Hamidah. Syahadan lagi daripada pasal negeri Riau ini daripada hasil hasilnya dan lain lainnya yaitu jadi milik makanan Raja Hamidah lah adik beradik yaitu segala putera Raja Haji al Marhum fi sabil Allah. Maka tiadalah saya campur lagi barang sesuatunya. Melalui titah tersebut, jelas lah bahawa Sultan Mahmud Syah telah membahagikan wilayah Lingga serta daerahnya untuk baginda dan keluarga DiRaja Melayu. Manakala Riau serta daerah nya pula untuk Yang DiPertuan Muda dan keluarga DiRaja Bugis. Sejak itu Yang DiPertuan Muda Raja Jaafar pun menjadikan pusat pemerintahan kerajaan di Pulau Penyengat yang sebelum ini terletak di Pulau Bayan. Sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan juga tempat kediaman rasmi Yang DiPertuan Muda dan keluarganya, seterusnya lebih banyak bangunan bangunan kerajaan dan istana dibena di sana dan lebih banyak aktiviti dijalankan termasuklah didalam penyebaran ilmu Islam yang dijalankan di Masjid Sultan Riau Pulau Penyengat yang di bena pada tahun 1832.

Pada tahun 1824 pehak British dan Belanda di Eropah telah bermesyuarat dan memutuskan untuk membahagikan wilayah jajahan mereka di Nusantara ini dan secara langsung telah membahagikan wilayah Kesultanan Johor Riau Lingga Dan Pahang menjadi dua wilayah yang terpisah. Iaitu Singapura, Johor dan Pahang berada dibawah jajahan British. Sementara wilayah Riau Lingga serta kawasan dipersisiran Sumatera berada dibawah jajahan Belanda. Selama hampir 190 tahun sejak tahun 1722, tahta Kesultanan Riau Lingga terus menerus dipegang oleh Sultan Yang DiPertuan Besar daripada keturunan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV, manakala jawatan Yang DiPertuan Muda pula terus menerus dipegang oleh keturunan Putera Raja Bugis Lima Bersaudara iaitu daripada Opu Daeng Parani, Opu Daeng Merewah dan Opu Daeng Celak Ibni Opu Daeng Rilaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *