Bendera Kesultanan Riau Lingga

Bendera Kesultanan Riau Lingga yang berbentuk Bulan Sabit dan Bintang yang merupakan lambang Islam ini serta berlatar belakangkan warna Merah – Putih, adalah merupakan lanjutan daripada Bendera Kesultanan Johor, Riau – Lingga dan Pahang yang juga merupakan lanjutan daripada Kesultanan Johor dan Kesultanan Melaka. Hubungan yang baik diantara Empayer Khalifah Turki Othmaniah di terletak sempadan Asia/Eropah dengan Empayer Kesultanan Melaka yang terletak di Nusantara ini adalah antara sebab kedua dua Empayer Kesultanan Islam ini mempunyai Bendera yang serupa.

Hubungan yang baik diantara Empayer Khalifah Turki Othmaniah dengan Empayer Kesultanan Melaka berterusan hingga lah ke zaman Kesultanan Riau Lingga, sebab itu dapat dilihat daripada pakaian Sultan Riau Lingga dan pakaian Yang DiPertuan Muda Riau serta pembesar pembesar nya, serupa dengan pakaian Sultan dan pembesar pembesar Kerajaan Turki Othmaniah.

*******************

Amalia Syam

KESULTANAN RIAU-LINGGA

Riau = Hulu Sungai Carang, Tanjungpinang, Pulau Bentan. Tempat kedudukan Yang Dipertuan Muda (Opu Daeng Lima Bersaudara kemudian diteruskan kepada keturunannya), satu jawatan setara Perdana Menteri. Kemudian berpindah ke Pulau Penyengat selepas Traktat London 1824 memecah Empayar Johor-Riau-Lingga-Pahang.

Lingga = Pulau Lingga. Berpusat di Daik. Tempat kedudukan Sultan Riau-Lingga.

Wilayah Kesultanan Riau-Lingga meliputi:- Tanjungpinang (nama lainnya Riau)- Pulau Bentan dan pulau-pulau sekitar- Kepulauan Lingga- Kepulauan Karimun- Batam dan pulau-pulau sekitar- Pulau Tujuh (Kepulauan Natuna, Kepulauan Anambas, dan Kepulauan Tambelan).

Kesultanan Riau-Lingga berakhir pada tahun 1911. Pada masa kini wilayahnya ialah Provinsi Kepulauan Riau yang berada di sebelah selatan Johor dan Singapura dan juga pulau-pulau di antara Semenanjung Malaya dan Borneo dan TIDAK meliputi Provinsi Riau modern di daratan Sumatera. Jadi, diharapkan jangan keliru.

Pada masa dahulu, orang-orang di kawasan Kepulauan Riau, memanggil Bandar Tanjungpinang dengan panggilan “Riau”. Misalnya ada yang bertanya, “Oi, awak nak pegi mana tu?” Lalu orang itu menjawap, “Saya nak pegi Riau (dalam loghat Melayu Riau dipanggil “Ghiau” atau “Iau”). Maknanya ia nak pergi ke Tanjungpinang di Pulau Bentan. Bahasa Melayu Riau merupakan asas daripada Bahasa Indonesia yang ditetapkan melalui Sumpah Pemuda pada tahun 1928.

RIAU = TANJUNGPINANG.*Gambar Bendera Kesultanan/Negeri Riau-Lingga. Kini wujudnya ialah Kepulauan Riau Province, Indonesia.

MAJULAH NEGERI RIAU-LINGGA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *