Home

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim

Kesultanan Johor-Riau-Pahang yang berpusat di Riau dekat Sungai Carang pada tahun 1722, merupakan lanjutan daripada Kesultanan Johor di Kota Tinggi. Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah adalah Yang DiPertuan Besar (YDB) pertama yang ditabalkan, manakala Yang DiPertuan Muda (YDM) pertama adalah Opu Daeng Merewah. Sebagai usaha untuk menguatkan lagi hubungan persaudaraan diantara Melayu dengan Bugis, maka Sultan Sulaiman pun membuat perjanjian Sumpah Setia diantara Melayu dan Bugis serta diadakan perkahwinan campur diantara keluarga DiRaja Melayu dengan keluarga Putera DiRaja Bugis Lima Bersaudara secara turun temurun. Dan begitu juga dengan urusan pemerintahan Kesultanan ini, juga secara turun temurun telah diperintah oleh keturunan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah sebagai Sultan – Yang DiPertuan Besar dan keturunan Putera Raja Bugis Lima Bersaudara sebagai Yang DiPertuan Muda selama hampir 200 tahun. Baca selanjutnya

Kini dikenali dengan nama Kepulauan Riau (KEPRI) yang meliputi 6 daerah besarnya iaitu Batam, Bintan / Tanjungpinang, Karimun, Natuna, Amambas dan Lingga, tetap merupakan daerah yang popular dan sering dikunjungi oleh ramai pelawat daripada negeri negeri yang berdekatan iaitu Singapura dan Malaysia serta juga daripada negara Internosianal yang lain. Hanya dengan menaiki Ferry sekitar 1 jam dari Singapura dan Johor atau menaiki pesawat terus kita sudah boleh sampai ke Batam atau ke Bintan. Ayuh, marilah kita bersama sama terokai KEPRI…sama ada untuk untuk bercuti atau melancong, melihat tempat tempat sejarah, mengikuti Acara Adat Kesultanan Riau Lingga, hadiri Festival Pulau Penyengat, Acara Semarak Lingga Terbilang di Lingga atau pun atau pun Acara Kenduri Seni Melayu di Batam dan banyak lagi….

Batam Madani-

Pakaian & Aksesori – RK Design

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *