Keratan akhbar "The Strait Times" Singapura pada February 15, 1911
ini adalah mengenai Kenyataan Akhbar Sultan Abdur Rahman Muazam Syah,
Sultan Riau Lingga yang di buat di Singapura dengan tajuk, “Satu
Perjanjian Yang Di Bacakan, Tetapi Lain Pula Yang DiSuruh Untuk
DiTandatangani”.
Kenyataan Akhbar tersebut adalah bagi menjawab
Pengumuman Rasmi (Gazette) oleh Netherlands India Government (Pemerintah
Belanda) pada 11 February 1911 di akhbar yang sama berhubung dengan
tindakan Pemerintah Belanda menurunkan baginda secara paksa daripada
tahta Kerajaan Riau Lingga.
Didalam Kenyataan Akhbar tersebut,
Sultan Abdur Rahman Muazam Syah memberitahu bahawa baginda serta
Kerajaan baginda senantiasa berusaha serta bekerjasama sebaik mungkin
didalam suasana harmoni dengan Pemerintah Belanda, meski pun kerap kali
pihak Pemerintah Belanda melakarkan perjanjian yang mengurangkan kuasa
dan keistimewaan baginda dari masa ke semasa, pada setiap perjanjian
baru semakin banyak kuasa Pentadbiran baginda yang diambil dari tangan
baginda dan dipindahkan kepada Pegawai Pegawai Pemerintah Belanda.
Kesemua perjanjian perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh
baginda dan baginda memenuhi semua perkara perkara yang terkandung
didalamnya, kerana baginda tahu bahawa, apabila terdapat dua kuasa, maka
kuasa yang lemah harus memberi laluan kepada kuasa yang kuat , dan juga
memahami akan keperluan untuk tinggal bersama bersesuaian dengan
perlindungan yang telah diberikan kepada baginda serta Sultan terdahulu,
asalkan permintaan permintaan yang di ketengahkan oleh Kuasa tersebut
tidaklah terlalu menyusahkan dan yang tidak munasabah.
Beberapa
bulan sebelumnya, satu lagi perjanjian baru yang di cadangkan oleh
Resident Riau yang datang ke istana baginda di Pulau Penyengat dan
membacakan cadangan perjanjian tersebut di hadapan baginda dan para
menteri baginda. Setelah mendapatkan pandangan dari Kerajaan baginda,
maka diputuskan bahawa baginda bolehlah menandatangani perjanjian
tersebut, dan pada 26 Disember 1910, Resident menjemput baginda untuk
datang ke Tanjung Pinang untuk baginda menurunkan tandatangan baginda.
Apabila baginda membaca perjanjian yang diberikan itu, baginda dapati
bahawa ianya tidak sama dengan perjanjian yang dibacakan dahulu kepada
baginda dan para menteri baginda, namun begitu Resident tetap juga
mahukan baginda untuk menandatangani perjanjian itu. Baginda tidak mahu
menandatangani perjanjian yang baru itu sehinggalah baginda berbincang
dahulu dengan Kerajaan baginda dan pada masa yang sama baginda meminta
Pesident untuk menghantarkan satu salinan kepada Kerajaan baginda untuk
diteliti.
Beberapa hari kemudian satu salinan perjanjian yang
baru itu dihantarkan kepada baginda dan baginda pun mengadakan mesyuarat
dengan para menteri baginda, yang teperanjat melihatkan isi kandungan
nya, yang sangat berlainan daripada perkara perkara yang dahulu
dibacakan kepada mereka. Didalam perjanjian akhir ini, semua kuasa
baginda sebagai Sultan diambil daripada baginda dan di kurangkan hingga
hanya menjadi sebagai Ketua Adat Istiadat saja, seluruh kuasa
Pentadbiran Kerajaan akan diambil dari tangan baginda sehinggakan tidak
mempunyai apa apa kuasa ditanah datok moyang sendiri, begitu juga dengan
wang elaun yang selalu dibayarkan kepada baginda setiap bulan sebagai
ganti bagi kesemua hilangnya cukai pendapatan Negara disebabkan oleh
perjanjian perjanjian yang dipaksakan untuk baginda tandatangani, juga
akan dikurangkan.
Baginda telah dinasihatkan secara rasmi oleh
Kerajaan baginda untuk menjawab bahawa cadangan perjanjian tersebut
adalah terlalu membebankan dan meminta agar satu perjanjian yang tidak
terlalu membebankan dibuat. Baginda juga telah meminta agar jawapan
baginda itu di kirimkan juga kepada Governor General of the East Indies
untuk pertimbangan nya.
Pada 6 February 1911, baginda telah pergi
ke Lingga untuk suatu tugas berhubung dengan satu kes pembunuhan dan
pada 8 February baginda berangkat pulang ke Riau melalui Selat Panjang
dimana baginda berhenti untuk bermalam. Pada 9 February, semasa hampir
di Riau, baginda bertemu dengan perahu Pemerintah Belanda, “Braca” dan
diberitahu bahawa baginda telah di turunkan daripada tahta Kerajaan.
Sehingga ke tarikh ini, baginda tidak menerima jawapan akan permintaan
baginda agar satu perjanjian baru dilakarkan atau meminta baginda untuk
menandatangani semula perjanjian yang dahulu.
Setibanya baginda
di Riau, baginda terperanjat melihatkan tiga kapal perang yang telah
menurunkan askar askar di Pulau Penyengat.
Askar askar ini telah
memecahkan dan membuka gudang minyak benzene dan dua lagi bangunan untuk
mencari sejumlah senjata api serta peluru, dan Resident juga bertanya
kepada baginda samaada baginda ada menyembunyikan 700 pucuk senapang dan
peluru.
Pasti nya baginda tidak mempunya senjata senjata tersebut dan juga peluru, maka tiada satu pun yang ditemui.
Pegawai yang mengetuai tugas tersebut menyuarakan rasa marah nya kerana
telah dihantar menjalankan tugas yang tidak menemuikan hasilnya,
kerana Sultan dan Kerajaannya serta rakyatnya didapati tetap bersetia
dengan Pemerintah Belanda dan tiada terdapat tanda tanda bahawa mereka
sedang bersiap siap untuk melakukan perlawanan.
Sultan
Abdurrahman juga menyatakan rasa yakinnya bahawa kenyataan baginda ini
akan diterbitkan oleh akhbar ini, kerana baginda tidak boleh membiarkan
tuduhan yang diterbitkan di Pengumuman Rasmi (Gazette) Netherlands India
Government (Pemerintah Belanda), yang menyatakan bahawa baginda
berpakat dengan kumpulan penentang Pemerintah Belanda di biarkan tanpa
di jawab untuk memberitahu bahawa tuduhan itu adalah tidak benar.
Baginda juga menyatakan bahawa cadangan untuk mencalonkan cucu lelaki
baginda yang berusia 10 tahun sebagai Sultan, tanpa diragukan lagi
bahawa ianya untuk membolehkan Pemerintah Belanda untuk memboleh kan
semua perjanjian mereka dilaksanakan dengan mudah dan memindahkan semua
kuasa ketangan mereka, serta memungut cemua cukai cukai, pertambangan
dan lain lain keuntungan, yang merupakan keinginan dan tujuan sebenar
baginda di turunkan daripada tahta Kerajaan.
(Ditandatangani didalam tulisan jawi)
Raja Abdur Rahman Bin Mohamed Eusope.
Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU
Monday, February 15, 2021
Subscribe to:
Posts (Atom)