|
Tengku
Sri Indra Bin Tengku Ismail (berbaju putih) |
Raja M Khalid salah seorang zuriat keturunan dari Kerajaan Riau Lingga yang menetap
di Singapura telah berkesempatan untuk bersilaturahim ke kediaman YM
Tengku Sri Indra
Bin Tengku Ismail di Joo Chiat Avenue, Singapura pada petang 3 January
2016. Tengku Sri Indera adalah merupakan zuriat keturunan ke-6 daripada
Sultan Hussien Shah Singapura yang dahulunya menetap di Istana Kampong
Gelam di no 85 Sultan Gate, Singapura. Ayahanda Tengku Sri Indra iaitu
Almarhum Tengku Ismail Bi
n Tengku
Hussien adalah merupakan Ketua Keluarga DiRaja Singapura atau Head Of
The Royal House Of Singapore, yang namanya ada tertulis di dalam Buku
The Royal Families Of South East-Asia yang di terbitkan pada December
1994. Sebagai zuriat keturunan Sultan Hussien Shah, Tengku Sri Indra
merasa beruntung kerana telah diberi kepercayaan untuk menyimpan Cop
Mohor Sultan Hussien Shah yang merupakan salah satu warisan Keluarga
DiRaja Singapura yang sangat berharga.
|
Gambar
Cop Mohor Sultan Hussien Shah |
|
Salasilah
keturunan Tengku Sri Indra Bin Tengku Ismail Bin |
Didalam kesibukannya selaku CEO di Syarikat SDG International Pte Ltd,
Tengku Sri Indra tetap juga mengikuti perkembangan yang mempunyai kaitan
dengan keluarganya, bangsa Melayu dan Singapura, walaupun seringkali
berada di luar negara kerana tugasnya yang memerlukan beliau pergi ke
negara negara Asia lainnya seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Oleh
sebab itu apabila beliau mendapat tahu bahawa sudah ada sebuah Buku
Sejarah Melayu yang baru diterbitkan yang ditulis oleh Datuk Dr. Ahmad
Dahlan, Walikota Batam, beliau berminat untuk membaca dan memilikinya
kerana perkara perkara yang ditulis didalam Buku itu dekat dengan hati
nya. Dan juga sebagai seorang yang pakar di bidang "Mentoring and
Coaching", Tengku Sri Indra juga berpendapat bahawa Buku Sejarah Melayu
ini juga boleh dijadikan sebagai motivasi untuk meningkatkan prestasi
diri orang orang Melayu sendiri apabila orang orang Melayu dapat kenal
akan sejarah bangsanya sendiri.
|
Buku The Royal Families Of South East-Asia yang di terbitkan pada December 1994 |
|
Gambar pemandangan di Istana Kampong Gelam yang diambil sekitar tahun 1930an yang berlatar belakangkan Mesjid Sultan Singapura. | | | |