Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Sunday, December 23, 2018

Pelancaran Tiga Buku Karya Agung Raja Ali Haji Hasil Usaha Pemerintah Kota Batam Dengan Yayasan Karyawan Malaysia

Pelancaran tiga buku karya agung Raja Ali Haji iaitu Tuhfat Al Nafis, Bustanul Katibin dan Kitab Pengatahuan Bahasa telah diadakan di Planet Holiday Hotel & Residence Batam pada 16 Disember 2013 oleh Walikota Batam, Drs. H. Ahmad Dahlan bersama Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia, Yg Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Gambar dari kiri ke kanan: Megat Nazri- Pengerusi Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia, Walikota Batam- Drs. H. Ahmad Dahlan, Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia- Yg Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Ketua Lembaga Adat Melayu Batam- Drs. Nyat Kadir dan Pengubah Lagu Terkenal dari Malaysia- Pak Ngah.

Dalam sambutanya, Walikota Batam, Drs. H. Ahmad Dahlan mengatakan bahawa pelancaran tiga buku karya agung Raja Ali Haji tersebut merupakan hasil usaha diantara Pemerintah Kota Batam dengan Yayasan Karyawan Malaysia. Tujuannya agar karya karya Raja Ali Haji tidak saja dikenal diMalaysia, tetapi juga dapat dikenali oleh Masyarakat Batam dan Indonesia seluruhnya. Ini kerana jasa besar Raja Ali Haji didalam mertabatkan Bahasa Melayu di Asia Tenggara ini, khususnya di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam sudah banyak dilupakan orang, khususnya Masyarakat Melayu yang hidup di Indonesia. Semoga dengan pelancaran kembali tiga buku karya agung Raja Ali Haji tersebut dapat membangkitkan kembali kesedaran mengenai jasa besar beliau disamping menjadikan teladan didalam membangun Indonesia yang lebih baik.


Dalam ucapanya, Pengerusi Yayasan Karyawan Malaysia Yg Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengatakan bahawa penerbitan semula karya agung Raja Ali Haji tersebut adalah salah satu upaya untuk menghimpunkan kembali karya karya Raja Ali Haji dan menyajikan kepada generasi muda Melayu. Ini kerana ramai sekali genarasi muda Melayu yang tidak kenal lagi dengan Raja Ali Haji. Selain usaha penerbitan semula karya karya Raja Ali Haji, pihak Yayasan Karyawan Malaysia juga bertekad untuk terus menerbit semula naskah nsakah Melayu Kuno yang kini ada ribuan naskah yang tersimpan di museum museum luar negeri, seperti di Belanda dan Inggris.