Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah |
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah menaiki tahta Kerajaan Riau Lingga sebagai Sultan & Yang DiPertuan Besar pada tahun 1857 setelah Pemerintah Belanda (Netherlands India Government) menurunkan anakanda saudaranya iaitu Sultan Mahmud Muzafar Syah Ibni Sultan Muhammad Muazam Syah daripada tahta Kerajaan Riau Lingga kerana tidak menjalankan tugasnya serta tidak mahu menuruti nasihat Pemerintah Belanda dan juga tidak menjalankan tugasnya untuk menabalkan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar sebagai Sultan & Yang DiPertuan Muda setelah kemangkatan kekandanya Yang DiPertuan Muda Raja Ali Ibni Raja Jaafar.
Setelah Sultan Sulaiman badrul Alam Syah ditabalkan sebagai Sultan &Yang DiPertuan Besar Kerajaan Riau Lingga, Baginda pun menabalkan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar sebagai Sultan & Yang DiPertuan Muda in 1857.
Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar memegang jawatan Sultan & Yang DiPertuan Muda sekitar setahun sahaja. Pada tahun 1858, Baginda membuat Surat Wasiat dan menamakan anakanda saudaranya, Raja Muhammad Yusuf Ibni Raja Ali untuk mengambil alih jawatan Sultan & Yang DiPertuan Muda sekiranya apa apa terjadi pada dirinya. Pada masa itu anakanda Baginda, Raja Muhammad Ibni Raja Abdullah sedang belajar di Mekkah. Tidak lama setelah itu Baginda pun mangkat di Istana Baginda di Pulau Penyengat.
Sultan Muhammad Yusuf |
Sultan Muhammad Yusuf ibni Raja Ali
ibni Raja Jaafar menaiki tahta Kerajaan sebagai Sultan & Yang DiPertuan Muda setelah kemangkatan ayahanda saudaranya, Yang DiPertuan Muda Raja Abdullah ibni Raja Jaafar pada tahun 1858. Sultan Muhammad Yusuf merupakan salah seorang ulama sufi Thariqat Naqsyabandiyah, yang telah pergi ke Mekkah dan mendapatkan Ijazah daripada Mazhari Shaykh, Syed
Muhammad Salih al-Zawawi.
Walaupun Sultan Sulaiman badrul Alam Syah dan Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga pada waktu yang sama tetapi tugas dan tanggungjawab kedua duanya adalah tidak sama. Sultan Muhammad Yusuf selaku Yang DiPertuan Muda memegang penuh tanggungjawab melaksana tugas tugas pentadbiran Kerajaan Riau Lingga daripada tanggungjawab Ketenteraan, Keselamatan, Undang Undang, Ekonomi, Hubungan Luar dan Dalam Negeri, hinggalah tanggungjawab pada urusan Kemasyarakatan, Hal Ehwal Islam dan Keluarga. Manakala Sultan Sulaiman selaku Yang DiPertuan
Besar cuma bertanggungjawab terhadap upacara tradisional sahaja yang diaturkan oleh Sultan Yang DiPertuan Muda.
Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga daripada pusat Pentadbiran Kerajaan yang terletak di Pulau Penyengat di Riau. Disana juga merupakan tempat kediaman Keluarga DiRaja Bugis/Malay kerabat Yang DiPertuan Muda dan kerabat yang rapat dengan mereka. Sultan Muhammad Yusuf juga telah beristerikan Tengku Embung
Fatimah Binti Sultan Mahmud Syah, yang merupakan cucuanda saudara kepada Sultan Sulaiman badrul
Alam Syah, Yang DiPertuan Besar daripada pehak Keluarga DiRaja Melayu yang menetap di Daik –Lingga.
Sultan
Muhammad Yusuf kerap berulang alik antara Pulau Penyengat di Riau dan Daik-Lingga
didalam melaksanakan tanggungjawabnya selaku Yang DiPertuan Muda dan dalam masa yang sama, Baginda juga mempunyai Istana di Daik – Lingga untuk Baginda serta isteri, Tengku Embung
Fatimah dan anakanda anakanda mereka, Raja Abdurrahman, Raja Abdullah and Raja Halimah
(Tengku Bilik).
Sultan Abdurrahman Muazam Syah |
Pada tahun 1885, anakanda Sultan Muhammad Yusuf iaitu Raja Abdurrahman telah ditabalkan sebagai Sultan
dan Yang DiPertuan Besar Kerajaan Riau Lingga. Baginda menaiki tahta Kerajaan menggantikan ninda saudara baginda, Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Ibni Sultan
Muhammad Syah yang mangkat pada tahun 1883. Dua tahun sebelum Sultan
Abdurrahman Muazam Syah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang DiPertuan
Besar, bonda baginda, Tengku Embung Fatimah Binti Sultan Mahmud Syah, yang merupakan cucunda saudara Sultan Sulaiman badrul Alam Syah, telah memegang jawatan tersebut buat sementara sebelum menyerahkan kepada anakanda nya. Sultan Abdurrahman menetap di Istana Baginda di Daik –Lingga dan sama seperti Yang DiPertuan Besar sebelumnya, tanggungjawab Baginda hanyalah menjalankan upacara tradisional apabila diperlukan. Sementara tanggungjawab harian Pentadbiran Kerajaan Riau Lingga dilaksanakan oleh ayahanda Baginda,
Sultan
Muhammad Yusuf, Yang DiPertuan Muda. Pada masa itu juga, seorang lagi anakanda Sultan Muhammad
Yusuf yang bernama Raja Ali telah dilantik sebagai Kelana iaitu jawatan Penolong Yang DiPertuan Muda, beliau mengambil alih jawatan Kelana setelah mengkatnya Raja Muhammad
Ibni Raja Abdullah yang merupakan sepupu Sultan Muhhamad Yusuf.
Raja Ali Kelana |
Tugas Raja Ali
Kelana sama penting nya dengan tugas Yang DiPertuan Muda dimana beliau dikehandaki untuk berkeliling sekitar Kerajaan Riau Lingga dan jajahan takluknya untuk memastikan undang undang dan peraturan dilaksanakan. Raja Ali memegang jawatan Kelana (Penolong Yang DiPertuan
Muda) sekitar 15 tahun dan sepatutnay mengambil alih jawatan Yang DiPertuan Muda pada masa akan datang.
Sultan Muhammad Yusuf memerintah Kerajaan Riau Lingga selama sekitar 40 tahun, pada tahun 1858 hingga tahun 1899. Baginda telah memainkan peranan penting didalam membangunkan dan mengekalkan kestabilan Kerajaan Riau Lingga, Sultan Muhammad Yusuf kekal menjalankan tugas mentadbir Kerajaan Riau Lingga daripada pusat Pentadbiran Kerajaan di Pulau Penyengat- Riau. Pada tahun 1899 Sultan Muhammad Yusuf mangkat diIstana Baginda di Daik-
Lingga.
No comments:
Post a Comment