Pilih bahasa yang di inginkan:- BAHASA MELAYU

Friday, November 13, 2009

Kerajaan Johor - Riau


Kerajaan Johor – Riau


Pada tahun 1718, Raja Kecik daripada kerajaa Siak, yang mendakwa dirinya sebagai putera Almarhum Sultan Mahmud Shah yang mangkat pada tahun1699, telah menyerang dan menguasai kerajaan Johor. Setahun kemudian, Raja Kecik telah berpindah keRiau (Bintan) dan memerintah kerajaan Johor daripada pusat pemerintahan baru diRiau. Setelah tiga tahun kemudian, Raja Sulaiman yakni putera Sultan Abdul Jalil yang telah mangkat diPahang, telah berjaya mengalahkan dan menurunkan Raja Kecik daripada tahta kerajaan Johor dengan bantuan putera Raja Bugis lima bersaudara. Raja Sulaiman kemudiannya telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Besar dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, dan kerajaan Johor kini dikenali sebagai Kerajaan Johor - Riau. Sultan Sulaiman kemudiannya telah menabalkan seorang daripada putera Raja Bugis lima bersaudara iaitu Opu Daeng Merewah yang juga dikenali sebagai Kelana Jaya Putera untuk menjadi Yang Dipertuan Muda dengan gelaran Sultan Alauddin Shah, sebagai wakil baginda memerintah kerajaan Johore – Riau. Tiga tahun kemudian Sultan Sulaiman telah menghantar rombongan keTrengganu untuk menabalkan ayah saudara baginda, Tun Zainal Abidin untuk menjadi Sultan Trengganu bergelar Sultan Zainal Abidin.


Kesah mengenai kejayaan putera Raja Bugis lima bersaudara yang telah membantu Sultan Sulaiman mendapatkan kembali tahta kerajaan Johor telah tersebar luas dirantau ini. Pada masa itu, dua daripada putera Bugis yang bernama Opu Daing Menambon dan Opu Daeng Kemasi telah pun meninggalkan Riau pergi keMempawah dan Sambas di Kalimantan dan masing masing menjadi Raja disana. Pada 1723, Sultan Kedah telah menulis surat meminta bantuan daripada Opu Daeng Parani, saudara yang tua daripada putera Raja Bugis untuk mendapatkan kembali tahta kerajaan Kedah yang telah dirampas oleh adinda baginda Sultan Kedah. Tidak lama kemudian, dengan bantuan Opu Daeng Parani berserta adindanya, Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah and Opu Daeng Celak, Sultan Kedah dapat semula menaiki tahta baginda.


Kekuatan kerajaan Johor – Riau dari segi ketenteraan telah berjaya melindungi serta mematahkan beberapa serangan daripada luar terhadap wilayah takluknya. Setelah beberapa tahun, kerajaan Johore – Riau yang berpusat diRiau telah bertambah makmur dan terkenal sebagai pelabuhan dagangan yang masyhur dirantau ini. Menurut adat pemerintahan kerajaan Johore – Riau, the Yang Dipertuan Muda memegang kuasa dan tanggungjawab yang luas didalam bidang ketenteraan, hubungan luar negara hinggalah ke ehwal dalam negari, ekonomi, social serta ehwal ugama. Setelah mangkatnya Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah, Sultan Sulaiman telah menabalkan adinda almarhum iaitu, Opu Daeng Celak untuk menjadi Yang Dipertuan Muda berikutnya dengan gelaran yang sama iaitu Sultan Alauddin Shah. Yang Dipertuan Muda Daeng Celak memerintah kerajaan Johore – Riau selama tujuhbelas tahun, putera baginda yang sulong, Raja Lumu telah menjadi Sultan Selangor yang pertama pada 1766 dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah. Manakala putera kedua baginda iaitu Raja Haji, kemudiannya menjadi Yang Dipertuan Muda didalam kerajaan Johore – Riau pada tahun 1777.


Terpisahnya Singapura, Pahang, Johor Daripada Kerajaan Riau


Pada tahun 1812, Yang Dipertuan Besar kerajaan Johor – Riau, Sultan Muhmud Shah telah mangkat diLingga, tahta kerajaan telah diserahkan kepada anakanda Almarhum Sultan yang muda, Tengku Abdul Rahman sesuai dengan wasiat Almarhum. Anakanda Almarhum yang sulong bernama Tengku Hussien (Tengku Long). Dalam pada itu, orang orang British menerusi syarikat British East India Company yang telah menguasi Pulau Pinang diutara Semenanjung Tanah Melayu dan sedang mencari lokasi baru iaitu diSingapura bagi mengembangkan pengaruhnya. Pada masa itu Riau dan daerah selatannya hingga keSumatera adalah dibawah pengaruh orang orang Belanda menerusi syarikat Dutch East India Company. Pihak British telah menemui Temenggong Abdul Rahman, yang mentadbir Singapura bagi pihak kerajaan Johor – Riau, namun tidaklah dapat ia memberikan kebenaran kepada British untuk membina pusat dagangannya. Oleh kerana pihak British tahu bahawa Sultan Riau, Sultan Abdul Rahman tidak akan memberikan kebenaran sedemikian kerana pengaruh pihak Belanda, maka membuat keputusan untuk mengangkat dan mengiktiraf Tengku Hussien sebagai Sultan Singapura dengan sokongan dan bantuan daripada Temenggong Abdul Rahman. Setelah upacara penabalan diadakan diSingaputa pada tahun 1819, Sultan Singapura yang baru, Sultan Hussien Shah bersama sama dengan Temenggong Abdul Rahman telah menandatangani surat perjanjian dengan Sir Stamford Raffles bagi membenarkan pihak British East India Company menubuhkan pusat perdagangan diSingapura.


Pada tahun 1824, Anglo-Dutch Treaty atau Treaty of London telah ditandatangani oleh kerajaan British (United Kingdom) dan kerajaan Belanda (The Netherlands) yang antara lain mengandungi pembahgian kuasa keatas wilayah Kerajaan Melayu menjadi dua bahagian. Daerah Riau-Lingga dan kawasan selatan hingga keSumatra, yang sekarang ini merupakan wilayah Indonesia modern, diletakkan dibawah kuasa Belanda. Manakala Singapura, Johor, Pahang dan daerah lain diSemenanjung Tanah Melayu pula diletakkan dibawah kuasa British. Selepas tarikh tersebut, wilayah takluk empayer kerajaan Johor-Riau yang sudah terbahagi dan terpisah kerana perjanjian Anglo-Dutch Treaty tersebut, kini dikenali sebagai kerajaan Riau-Lingga kingdom. Selepas lima puloh tahun kemudian Pahang yang ditadbir oleh Bendahara dan Johore oleh Temenggong dibawah kerajaan Johore-Riau telah menaiki tahta kerajaan dan memerintah negara masing masing sebagai Sultan. DiPahang, Bendahara Wan Ahmad telah ditabalkan sebagai Sultan bergelar Sultan Ahmad Muazzam Shah and diJohor, Temenggong Maharaja Abu Bakar ditabalkan sebagai Sultan bergelar Sultan Abu Bakar.


Thursday, November 12, 2009

Wednesday, November 11, 2009

Istana Kampong Glam, Singapura: Dahulu Dan Sekarang


Istana Kampong Glam asalnya dibina oleh Sultan Singapura, Sultan Hussein Shah pada tahun 1819 diatas tanah seluas 23 hektar (57 ekar) di Kampong Glam yang diberikan khas untuk baginda oleh pihak British East India Company. Istana tersebut dipercayai dibuat daripada kayu berlian didalam kawasan timur Beach Road. Apabila siap, kawasan istana tersebut meliputi dua kali ganda saiz daripada kawasan sekarang ini, yang dikurangkan pada tahun 1824 bagi pembenaan jalan, North Bridge Road. Sultan Hussein Shah menginap di istana tersebut sehinggalah sebelum kemangkatan baginda di Melaka pada tahun 1835.

Pembenaan Semula

Bentuk batu konkrit yang terdapat pada hari ini adalah hasil pembenaan semula atas arahan putera sulong Sultan Hussein iaitu Sultan Ali Iskandar Shah pada tahun 1835. Ianya dibina ditempat asal istana tersebut diantara tahun 1836 dengan tahun 1843. Bangunan Istana dua tingkat ini dipercayai telah di reka bentuk oleh arkitek British, George Drumgoole Coleman, sebahagian reka bentuk Istana ini sama dengan reka bentuk yang dibuat oleh arkitek Coleman, seperti bangunan Old Parliament House dan gereja Armenian Church. Ianya di bentu dengan gabungan stail (style) Palladian, yang sangat popular di England, dengan bermotifkan bentuk tradisional Melayu. Seluruh kawasan Istana ini dipagari oleh tembok batu dan beberapa rumah kampong kecil dibina disekitarnya untuk kerabat kerabat dan pembantu pembantu Sultan.

Setelah Istana ini siap dibina pada tahun 1843, Tengku Alam, putera sulong Sultan Ali menetap di istana ini sehingga ia meninggal dunia pada tahun 1891. Hasil pungutan sewa sebahagian tanah tanah disekitar kawasan Istana yang telah direstui oleh Sultan Ali dan Tengku Alam dahulu digunakan untuk menampung kerabat kerabat ayahanda nya menurut adat istiadat Melayu. Setelah Tengku Alam meninggal dunia, jenazahnya telah dikebumikan didalam makan DiRaja diMasjid Sultan yang berdekatan.

Pertelingkahan Waris

Pada tahun 1896, telah terjadi satu pertelingkahan diantara waris waris Sultan Hussein mengenai hak terhadap estet Kampong Glam dan perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah. Pada tahun 1897, pihak mahkamah membuat keputusan bahawa tiada siapa pun diantara waris waris Sultan yang mempunyai hak mutlak terhadap estet tersebut dan estet tersebut diletakkan dibawah penguasaan Kerajaan British. (Estet tersebut menjadi ‘state land’ atau tanah kerajaan apabila Singapura mencapai kemerdekaan).

Pada tahun 1904, Sultan Hussein Ordinance (warta kerajaan) menetapkan bahawa waris waris Sultan Hussein akan diberi hasil pendapatan daripada tanah tanah di estet Kampong Glam. Jumlah wang tersebut dihadkan kepada S$250,000 pada tahun 1991, dan kemudiannya disemak semula pada tahun 1999. Dibawah peraturan baru, kesemua waris waris yang berhak diberi pilihan sama ada untuk membahagi bahagikan wang sebanyak S$350,000 setahun selama 30 tahun secara ansuran atau pun mendapatkannya pada satu kali bayaran.

Waris waris dan mereka yang masih tinggal diIstana tersebut telah di pindahkan bagi membolehkan kerja kerja baik pulih dijalankan. Selama ini, Istana tersebut merupakan tempat kediaman peribadi bagi waris waris Sultan's descendants, sehinggalah ke tarikh kerja kerja baik pulih hendak dijalankan.

Taman Warisan Melayu

Istana Kampong Glam dan seluruh kawasannya telah dibaik pulih sebagai sebahagian daripada pembangunan pusat Taman Warisan Melayu pada tahu 2004. Reka bentuk istana tersebut telah dikekalkan sebagaimana yang telah di reka oleh arkitek Coleman dengan member tumpuan pada penyusunannya, ruang kawasannya, tembok sekelilingnya dan kawasan jalan menuju kebangunan istana. Bahan bahan kayu dan simen telah digunakan bagi membuat semula lantai dalaman bangunan istana tersebut. Istana Kampong Glam kini dikenali sebagai Taman Warisan Melayu. Ianya merupakan pusat pertunjukan budaya Singapura bagi warisan, budaya dan sejarah orang orang Melayu Singapura. Ianya terletak di alamat asalnya iaitu di Sultan Gate, Kampong Glam. Kawasan seluas 8,000 meter persegi (2 ekar) tersebut telah dilancarkan pada 27 November 2004. Istana Kampong Glam dan Gedung Kuning merupakan sebahagia daripada kawasan asal yang menuju kekawasan hadapan Beach Road pada masa dahulu. Sultan Gate pula mula disebut sedemikian sejak tahun 1950an. Yayasan Warisan Melayu mula ditubuhkan pada tahun 28 July 1999, dengan melakar projek utamanya bagi kerja kerja baik pulih Istana Kampong Glam pada tahun 1999. Siap pada tahun 2004, dan dibuka semula sebagai Taman Warisan Melayu.

Dikawasan Taman Warisan Melayu terdapat pohon Gelam, reke buntuk (replica) perahu Bugis dan penerangan mengenai sejarah orang orang Bugis dan perniagaan mereka. Musium Warisan Melayu juga terdapat disana yang menunjukkan warisan dan budaya Melayu diSingapura, menerusi bahan bahan artifak, multimedia dan diorama (model model patong) dan bahan bahan pertunjukan lainnya.

Pusat tersebut yang menganjurkan program Budaya Melayu dan workshops, dan juga pelbagai kegiatan memungut telah menyumbang dua pertiga daripada kos pengurusannya. Pada tahun 2008, Pemerintah Singapura telah mengumumkan langkah pemerintah untuk memberikan dana penuh sebanyak S$1.7 juta setahun kepada Taman Warisan dari jumlah satu pertiga dana yang deberikan setiap tahun sebelumnya. Bantuan dana daripada badab perintah, National Heritage Board itu akan dapat meningkatkan lagi pusat tersebut untuk menjadi museum bertaraf antarabangsa dan membuka peluang untuk bekerja rapat dengan museum museum terbaik rantau ini di Indonesia dan Malaysia.

Monday, November 9, 2009

Sejarah Kerajaan Melayu

Sejarah Kerajaan Melayu


Menurut teks Sejarah Melayu (Salalatus Salatin) yang disusun daripada naskah naskah lama pada tahun 1612 AD oleh Bendahara Tun Seri Lanang daripada Empayer Kerajaan Johor, perkataan Melayu berasal daripada Sungai Melayu yang terdapat diBatang Hari River diMuara Jambi, sekarang ini merupakan wilayah Jambi diSumatra, Indonesia. Perkataan Melayu juga dijumpai tertulis pada ‘batu bertulis’ bertarikh tahun 1286 yang dijumpai Padang Rocore, dimuara sungai. Kerajaan Melayu lama yang mempunyai kekuasaan yang besar dikenali sebagai kerajaan Sri Vijaya yang memerintah pada sekitar tahun 500 hingga 1025 yang berpusat diPalembang dan mempunyai jajahan takluk yang luas meliputi Sumatera, Jambi, dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Kedah. Menurut kajian sejarah (archaeological) Jambi, banyak artifak artifak lama dan reka bentu lama telah dijumpai dan dirakamkan dalam bentu gambar sebagai bahan bukti.


Kerajaan Lama Singapura, Malaka & Johor


Terdapat sebuah lagi kerajaan Melayu yang muncul selepas era kerajaan Sri Vijaya yang dapat dilihat sehingga kehari ini. Ianya bermula pada sekitar tahun 1230 AD apabila seorang Putera Raja Palembang bernama Sang Nila Utama atau Seri Tri Buana memindahkan pusat kerajaan baginda daripada Palembang ke Bintan dan kemudiannya ke Temasik serta menukarkan namanya kepada Singapura. Setelah beberapa tahun menjalankan usaha pembangunan, kerajaan Singapura menjadi makmur dan terkenal serta mempunyai hubungan yang baik dengan lain lain kerajaan rantau ini. Salah satu perkahwinan diraja diantara kerajaan yang tersebut didalam sejarah ialah pada tahun 1363 apabila kerabat diraja Singapura, seorang Puteri Johor yang berugama Islam dengan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah, yang dikenali sebagai Awang Alak Betatar sebelum memeluk ugama Islam. Pada masa yang sama juga, Raja Singapura, Raja Iskandar Shah or Parameswara, juga telah berkahwin dengan seorang Puteri Pasai yang berugama Islam, namun baginda tidak memeluk ugama Islam.


Kerajaan Singapura diserang serta dihancurkan oleh tentera Majapahit pada tahun 1400. Raja Iskandar Shah bersama sama kerabat baginda serta para Menteri dan pengikut pengikut telah berundur keMuar, Johore dan kemudiannya pergi keMelaka dan menubuhkan pusat kerajaan baru dikenali sebagai Kerajaan Melaka. Setelah beberapa tahun, kerajaan Malaka menjadi makmur, kuat serta mempunyai pelabuhan pelabuhan dagang yang sibuk dirantau ini. Kekuasaan kerajaan Malaka yang mempunyai wilayah takluk yang luas termasuk keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, seperti Kedah termasuk Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johore, Singapore, Riau, pulau pulau sekitar Riau sehingga ke pesisiran pantai Sumatra.


Pada tahun 1511, Malaka telah diserang dan ditakluki oleh tentera Portugis. Sultan Melaka pada ketika itu, Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Johor dan kemudiannya ke Riau (Bintan) sebelum akhirnya pergi keKampar diSumatera. Usaha Baginda untuk mengambil balik Melaka dengan melancarkan beberapa kali serangan daripada Johor dan Riau telah gagal. Baginda mangkat diKampar pada tahun 1528. Putera baginda telah ditabalkan sebagai pengganti bergelar, Sultan Alauddin Riayat Shah dan kemudiannya menubuhkan kerajaan baru di Johor Lama (Kota Tinggi) dan dikenali sebagai Kerajaan Johor. Sementara itu seorang lagi putera Almarhum Sultan Mahmud, telah menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar, Sultan Muzzaffar Shah.


Kerajaan Johor menjadi makmur dan diperintah oleh keturunan Sultan selama lebih 100 tahun sehingga ke tahun 1699 apabila Sultan Mahmud Shah yang disebut orang sebagai ‘Sultan Mahmud Mangkat diJulang’, merupakan zuriat terakhir daripada keturunan Sultan sejak kerajaan lama Singapura, Malaka dan Johor, mangkat pada usia 22 tahun tanpa meninggalkan seorang zuriat pun. Oleh yang demikian, pembesar pembesar kerajaan Johor telah menabalkan Bendahara Johor, Tun Abdul Jalil, yang memegang jawatan kedua tertinggi selepas Sultan, untuk menjadi Sultan Kerajaan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Kerajaan Johor masih juga menguasai hampir kesemua wilayah takluk jajahan yang luas yang dahulunya dibawah kerajaan Malaka.